Monday, March 12, 2012

Best sgt2.Lagu Yang Sentiasa Mengingatkan ku tentang kematian..=). Alhamdulilah,

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap, 
Ku Meminta Dihidupkan Semula, 
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata, 

Perjalanan Rohku, 
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda, 
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh, 
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan, 
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah, 
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap, 
Ku Meminta Dihidupkan Semula, 

Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Hati sedih...bukan erti itu kesedihan...

Sedih dalam kesedihan bukan aku nak terus sedih dalam menjalani kehidupan seharian,mgkn hanya seketika bila dah aman semuanya..tapi sedih ni adakalanya pengaruhi perjalanan kehidupan lalu aku jadi bosan dan bosan...semua yang di buat kena ulang dan ulang semula...menyesali aper yang berlaku..
Aku mahu lari dari semua kesedihan dan tak pernah mengundang untuk bertandang dalam dairi kehidupanku yang ku kira suci murni.....
Perkara kecil...remeh temeh..tersilap kata ucap..menjadikan kita sedih..bila di salah anggap..hilang tumpuan pada kita harap....
tapi tak lah kata Pramlee..."ku sangka panas hingga ke petang...tapi Hujan di tengahari.."
Terlalu banyak untuk si ertikan istilah "sedih"
Kerana disitu terhimpun bermacam macam cerita dan masing masing ada watak watak memainkan peranan nya...
Dalam mengimbangi kesedihan ada yang bawa pada keuzuran pada yang terdaya...sian juga pada mereka yang sedemikian....
Aku masih boleh bertahan...masam..pedas..manis..lalui dengan hati yang tabah...kerana banyak pelajaran dan pengajaran dari semua itu.
Pada mereka yang pernah atau akan lalui semua ini..anggaplah sebagai permulaan sebuah perjalanan kehidupan bukan penamat.Hilang gelap timbul terang...
Hadapi lah dengan tenang..sinar bahagia pasti datang antara lambat atau cepat....
Itulah suara kata ayah aku....yang sentiasa menasihati aku..
ia menjdi renungan dalam hidup ku...thanks dad.....
 (^_^)(v) peace !

Sunday, March 4, 2012

Habis Madu..SePah diBuanG....


Aku berminat untuk membaca artikel "Habis madu sepah dibuang"jika ditafsirkan memang banyak resepi yang berlainan dan atau pandangan umum dalam memahami keadaan yang sebenar benarnya...
Dalam konflik ini seorang lelaki mesti bertanggang jawab dengan aper yang telah di janjikan pada seorang perempuan utk di jadikan seorang isteri,
Kisah seorang perempuan yang telah bernikah dgn seorang lelaki bernama Mamat
[nama2 ini sebagai hiasan]
Sungguh pun perhubungan itu direstui dan disahkan sebagai''SAH''...ia sebenarnya belum cukup kukuh untuk membela nasib Minah apabila berlaku perkara yang tidak masuk akal seperti dilakukan oleh Mamat umpama gantung tak bertali.
"Saya berfikiran tidak salah menjadi madu kerana ia di benarkan dalam islam.Lagi pula.kalau nikah lari pun tak salah sebab Allah tahu niat kita suci untuk membina masjid.Akan tetapi bukan semua manusia bersifat jujur dan tulus..adakalanya berlandaskan nafsu bukan keperhatinan sebuah perkahwinan dan menghormati pengorbanan perempuan itu.
Perkara macam ni selalu berlaku,aku pun tak tau aper tujuan sebenarnya utk menikah kali kedua...renung2kan lah....
Persetujuan Minah yang setuju utk menikah dengan Mamat adalah dasar cinta dan kasih sayang...dan minah tau,dye akan di cop atau orang ramai akan berkata mencuri lelaki orang,zaman sekarang ne dah banyak berubah selera pun macam macam...tak payah aku ulas panjang panjang.............
Kalau diketahui oleh isteri tua pun sanggup hadapi semua nya...
Yang aku tidak suke dengan cara mamat ne,bila dah menikah hampir tiga bulan,si mamat ne mula senyap dan segala janji manis tinggal janji, mamat pun jarang balik,jarang pulang kerumah dan kini langsung tidak dpt di jejaki.
Aper lah jenis manusia ne....dah dapat aper yang di mahukan tinggalkan gitu ajer...
Tak pikir orang yang dye pernah janji utk tanggung semua bentuk hal.
Jangan habis madu sepah dibuang,nampaknya itulah yang nampak,semata mata berlandaskan dan melampiaskan nafsu dengan bertopeng pada sebuah perkahwinan.Dan jika mahu beristeri dua,kenalah bertanggung jawab dan berani....
Hadapi semua realiti dan hadapi semua dengan kesungguhan agar pasangan aman dan isteri tua dapat menerima keadaan yang seadanya.Ibarat menarik rambut dalam tepung....semuanya berjalan dengan baik dan lancar.Pada aku.....masih mencari jawapan yang pasti utk menghadapi semua itu.

SEMUA TENTANG KITA


Popular Posts

KEGEMBIRAAN