Monday, March 12, 2012

Hati sedih...bukan erti itu kesedihan...

Sedih dalam kesedihan bukan aku nak terus sedih dalam menjalani kehidupan seharian,mgkn hanya seketika bila dah aman semuanya..tapi sedih ni adakalanya pengaruhi perjalanan kehidupan lalu aku jadi bosan dan bosan...semua yang di buat kena ulang dan ulang semula...menyesali aper yang berlaku..
Aku mahu lari dari semua kesedihan dan tak pernah mengundang untuk bertandang dalam dairi kehidupanku yang ku kira suci murni.....
Perkara kecil...remeh temeh..tersilap kata ucap..menjadikan kita sedih..bila di salah anggap..hilang tumpuan pada kita harap....
tapi tak lah kata Pramlee..."ku sangka panas hingga ke petang...tapi Hujan di tengahari.."
Terlalu banyak untuk si ertikan istilah "sedih"
Kerana disitu terhimpun bermacam macam cerita dan masing masing ada watak watak memainkan peranan nya...
Dalam mengimbangi kesedihan ada yang bawa pada keuzuran pada yang terdaya...sian juga pada mereka yang sedemikian....
Aku masih boleh bertahan...masam..pedas..manis..lalui dengan hati yang tabah...kerana banyak pelajaran dan pengajaran dari semua itu.
Pada mereka yang pernah atau akan lalui semua ini..anggaplah sebagai permulaan sebuah perjalanan kehidupan bukan penamat.Hilang gelap timbul terang...
Hadapi lah dengan tenang..sinar bahagia pasti datang antara lambat atau cepat....
Itulah suara kata ayah aku....yang sentiasa menasihati aku..
ia menjdi renungan dalam hidup ku...thanks dad.....
 (^_^)(v) peace !

No comments:

Post a Comment

SEMUA TENTANG KITA


Popular Posts

KEGEMBIRAAN