Saturday, April 14, 2012

Buang janin,anak..biasa dah...skrg ! nak jual anak dalam perut plak ! adoii !...Manusia2

Pada waktu ini banyak kita dengar dan baca berita berkenaan segelintir manusia bergelar perempuan buang anak...buang janin apabila cinta terlarang terjadi dan tiada berkesudahan apabila tidak mahu bertanggungjawab maka jalan yang paling mudah buang janin,buang anak demi melepaskan bebanan yang tak mungkin ditanggung atau malu pada masyarakat umum,beginilah jadinya bila perbuatan tidak difikirkan akan akibatnya....
Dalam harian Metro 9/3/2012...aku tergamam bila ada org yang sanggup jual anak dalam perut pada kaum asing...sedangkan ia orang melayu(muslim)takkan ia tak tau apa akan jadi pada anak itu bila ia dah dewasa....Aku betul betul marah dengan perempuan nikalau tak mau pun bagi ler kat orang melayu..Andaikata ia tak mau anak itu,jangan lah mengandung..pakailah benda2 yang disyorkan demi mencegah kehamilan ini tak kira nak sedap ia ajer...bila dah lekat baby mula dah gelabah,sempit duit mula cari pasaran untuk jual anak wlwpun masih dalam perut...apa lah jenis manusia ini....binatang pun sayang anak.....Mujur ler wartawan metro dapat memujuk perempuan yg berkerja sebagai GRO dan pergi kepusat perlindungan Rumah Kebagikan Wanita dan Remaja sehingga bersalin dan lepas pantang..harap2 kalau ia tak mau juga bagi ler pada insan2 yg memerlukan anak tapi bukan bagi pada orang asing...Dalam sudut pandang...pekerjaan GRO adalah sesuatu kerja yang tidak baik.tapi dalam mengejar duit mudah ramai remaja terjerumus dalam kancah yang tak bermoral...setahu aku sewaktu dibangku sekolah kita telah diajar dengan perkara apa itu dosa dan pahala..yang buruk dan baik..serta adat tatasusila kehidupan.seperti yang ada dalam rukun negara kesopanan dan kesusilaan,mungkin ia jumud dalam hal2 yg sedemikian.Yang keduanya lak,bila kita bercakap pasal dosa..ramai yang memperdulikan..apa itu dosa..sebab tak nampak atau dilihat dengan mata..dan tak dapat dirasa dengan tangan maka dosa tinggal dosa bolih dilewa lewakan..tapi andaikata dosa bolih dirasa,bolih dipandang nescaya semua insan didunia beriman pada Allah...tiada lak perkara perkara bodoh yang sedia ada,itulah kelebihan Allah demi menguji keimanan umatnya yang mesti dilakukan dengan jujur dan insaf.Aku pun tak tau mengapa perkara perkara sedemikian sering berlaku dalam zaman yang kian mencabar seolah olah tiada batasan.Mungkin dunia nak kiamat kot....ya allah....berilah ruang pada ku dan umat yg lain memohon keampunan dari mu ya..allah... =)

No comments:

Post a Comment

SEMUA TENTANG KITA


Popular Posts

KEGEMBIRAAN